Dua tiga menjak ni amtlah curious sangat dengan krisis penyembuhan atau healing crisis. Kenapa ya?
Huhu.
Pernah tak secara tiba-tiba sakit kepala menyerang, rasa letih, ruam pada kulit atau jerawat di muka selepas anda mengamalkan pemahakan atau makanan tambahan tertentu? Kalau ada, kemungkinan badan kita mengalami healing crisis.
Apakah healing crisis?
Secara amnya, healing crisis bukannya satu istilah yang betul-betul saintifik, tapi ia merujuk kepada tindak balas badan terhadap proses pembersihan badan daripada toksin, atau hasil sampingan yang bertoksin daripada makanan. Proses ini dilalui oleh badan kita apabila sistem badan cuba kembali kepada keadaan yang lebih sihat seperti sebelumnya. Kadang-kadang juga proses perubahan ni bukan je melibatkan fizikal, tetapi juga mental,emosi, rohani dan jasmani.
Healing crisis ni biasa berlaku kepada individu yang sedang menjalankan pemulihan. Biasanya, healing crisis atau juga dikenali sebagai flare-ups, crises, retracing reactions, Jarisch-Herxheimer reactions, Herxheimer reactions, Lucio's Phenomena, die-off reactions, purification reactions, the reversal process, aggravations or exacerbations adalah perlu sebagai suatu ciri yang menunjukkan bahawa badan kita sedang melalui penyembuhan yang sebenar. Antara sains perubatan yang menyebabkan tindak balas ini termasuklah kiropraktik, homeopati, beberapa psikoterapi seperti psikoanalisis, ubat-ubat herba yang jarang, dan nutritional balancing science.
Simptom healing crisis
Biasanya simptom setiap individu memang berbeza. Antara simptom yang biasa ialah :
- keletihan
- mengantuk
- selesema
- ruam
- sakit sendi
- berulang simptom penyakit lama
Simptom penyakit lama biasanya kembali apabila rawatan terdahulu hanya menyembunyikan simptom dan dan bukannya penyakit sebenar.

*credit to sunnahshoppe2u.blogspot.com
Healing Crisis atau Masalah kesihatan semakin teruk??
Amat penting untuk mengenalpasti adakah keadaan kesihatan menunjukkan healing crisis ataupun hanya masalah kesihatan yang makin teruk?
5 soalan ini mungkin membantu.
1. Adakah anda mengikuti program pemakanan; termasuklah pengambilan suplemen, diet tertentu atau sauna? - Jika ya, dan progam diikuti dengan betul, kemungkinan besar ianya ialah healing crisis :)
2. Adakah anda merasakan keadaan yang lebih baik sebelum krisis berlaku?
3. Adakah simptom pernah berlaku sebelum ini? - Kemungkinan besar ialah disebabkan healing crisis
4. Adakah simptom tersebut bukan kebiasaan? - Contoh jika anda rasa sihat tetapi mengalami selesma dan sakit tekak tanpa rasa letih, mungkin ianya healing crisis.
5. Berapa lama simptom berlarutan? - Biasanya tidak lama. mungkin sehari dua. Tetapi kes ini unik kerana ada yang mengambil masa berminggu ataupun bertahun. Bergantung kepada sejarah kesihatan seseorang.
Jika perlu ditambah,cuba tanya diri : adakah kita mengambil apa-apa makanan atau produk yang boleh mnyebabkan alahan (jika mempunyai alahan)
Apapun aktiviti yang kita lakukan, sewajarnya kita mengenal tahap kesihatan dan perubahan yang berlaku pada diri kita. Biasanya kepekaan kita membantu terutama sekali untuk para doktor atau mengamal perubatan untuk mendiagnosis sebarang kemungkinan.
Jagalah pemakanan sebelum terlambat :)
Salam Sihat&Jelita :)
SHAKLEE Independent Distributor
SMS?Whatsapp : 019 837 3101
fb : Sihat Jelita e-shoppe
Bacaan & rujukan:
http://www.healthhomehappy.com/2012/04/what-is-a-healing-crisis.html
http://reikiinmedicine.org/clinical-practice/healing-crisis-what-is-it/
http://www.drlwilson.com/articles/retracing.htm
http://www.rethinkingcancer.org/resources/magazine-articles/7_9-10a/the-healing-crisis.php
http://www.nationalnutrition.ca/HEALTHCONCERNS_Healing_Crisis.aspx
http://jctonic.com/include/healingcrisis/03healingcrisis.htm
ReplyDeleteخدمات شركة ركن الامثل بالمنطقة الشرقيه 0502644550 وتقديم كافة الخدمات المنزلية
شركة كشف تسربات المياه بالاحساء
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
whatsapp görüntülü show
ReplyDeleteücretli.show
1AKV7