Thursday, September 19, 2013

Antioksidan vs Radikal Bebas

Assalam & Salam sejahtera.

Apa itu radikal bebas?

Rasanya ramai yang dah pernah dengar berkaitan radikal bebas ni. Kalau nak cerita berkaitan radikal bebas atau free radical ni memang boleh buat kuliah. Hehehe. Untuk mempermudahkan, radikal bebas ni adalah atam atau sekumpulan atom yang tidak stabil dan bersifat reaktif. Radikal bebas yang tidak stabil ini akan bertindak ke atas sel kita yang akan mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan sel. Lebih serius, radikal bebas ini mampu merosakkan DNA mengakibatkan mutasi sel. Jika sel ini terus membahagi, ia akan berkembang sebagai sel abnormal dan berpotensi menjadi KANSER.

Dua point utama ialah, radikal bebas boleh mempercepat proses penuaan akibat banyaknya sel yang rosak dan berpotensi besar mengakibatkan kanser.

Punca radikal bebas.

Radikal bebas sentiasa ada disekeliling kita. Banyak proses yang  berlaku di peringkat molekular menyumbang kepada radikal bebas. Proses metabolisma juga membebaskan radikal bebas ini. Namun begitu, aktiviti harian dan bahan disekeliling kita telah meningkatkan takap pendedahan kita kepada radikal bebas ini yang berpotensi memberi masalah kepada kesihatan. Punca yang paling biasa ialah :

1. Pencemaran
2. Logam seperti besi
3. Asap rokok
4. Makan terprose (Highly processed food)
5. Racun dan pestiside
6. Radiasi terutama daripada peralatan elektrik dan elektronik

Antioksidan vs radikal bebas

Antioksidan merujuk kepada molekul yang mampu menstabilkan radikal bebas sebelum radikal bebas menyerang sel. Ketika inilah munculnya makanan awet muda dan sebagainya. Antioksidan ini akan mengurangkan atau menghentikan tindakan radikal bebas ke atas sel dan melindungi sel daripada rosak.

Sumber Antioksidan

Ada banyak sumber antioksidan yang dikategorikan sebagai enzim dan bukan enzim.Untuk bacaan lanjut boleh rujuk link di akhir entri ni. Menurut kajian, Vitamin C yang bersifat larut air adalah antioksidan yang amat berkesan yang mampu bertindak dalam keadaan akues. Tidak kurang juga Vitamin E yang larut lemak juga sebagai antioksidan yang sangat baik. Dan juga menurut kajian, gabungan tindakan Vitamin C dan Vitamin E adalah duet yang mantap dalam melindungi kita daripada tindakan radikal bebas secara menyeluruh.

PILIHAN TERBAIK & MAMPU MILIK!

Vitamin Produk SHAKLEE terbukti berkesan dari sumber semulajadi dan HALAL. 
InshaAllah, saya akan bantu anda dengan sedikit ilmu yang ada :)
Pertanyaan & Pesanan :

SMS/Whatsapp : 019 837 3101
Fan Page : https://www.facebook.com/sihatjelitaeshoppe?ref=hl

Sumber rujukan :
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2684512/
http://www.webmd.com/food-recipes/features/how-antioxidants-work1?page=2
http://old.pediatrik.com/buletin/06224113752-x0zu6l.pdf

3 comments:

Kata ibu... :)